Berdoa untuk “a better days”

Minggu lepas, sewaktu tengah cari “contents” untuk “post” saya kat http://www.facebook.com/travel4lifetime, sempat saya google “song during Covid-19” dan terjumpalah video Better Days dari One Republic. Sambil-sambil backup koleksi video lama dalam external hard disk, sempay juga  saya buat short video apa-apa aktiviti yang kita boleh buat sebelum Covid-19 melanda dunia.

Sedar tak sedar dah 14 tahun berlalu sejak pertama kali saya menjejak kaki ke luar negara pada tahun 2007 dengan membawa kedua orang tua saya dan 2 kawan saya membuat “day trip” ke negara Brunei Darussalam. Walaupun hanya dengan menggunakan kereta kecil Kia Picanto saya, namun kami perlu cukupkan 5 orang untuk ambik pas berkumpulan untuk masuk ke negara Brunei. Nak buat passport antarabangsa tak mampu lagi disebabkan pada masa itu saya hanya bekerja sebagai juruteknik di Bintulu.

Apa yang menyebabkan kita menjadi ketagih untuk mengembara? Adakah negara yang kita lawati atau budaya dan pengalaman yang kita alami? Apakah “trigger point” tersebut. Pengalaman atau negara?

Jawapannya agak subjektif kerana ada juga orang yang dah melancong atau mengembara ke luar negara tetapi mindanya masih di tampuk lama. Kehidupannya kembali seperti biasa dan masih berminat dengan hobi-hobinya yang lama. Keinginan kita sentiasa berubah dan tidak konsisten. Jadi pada saya, tiada jawapan yang tepat untuk soalan ini. Yang penting kita hormati pandangan masing-masing apabila rakan-rakan kita bercerita mengenai hobinya kepada kita.

Menyimbas kembali kisah saya menjadi pengembara adalah disebabkan perasan ingin mengalami pengalaman yang berbeza dari apa yang saya biasa lakukan ketika berada di tanah air. Oleh itu, budaya, suasana dan pengalaman ketika mengembara itu yang memainkan peranan.  Pada pendapat saya, kita tidak dapat merasai kelainan apabila mengembara apabila kita hanya sekadar mengembara di dalam kelompok zon selesa kita walaupun di luar negara. Kelompok zon selesa seperti negara serumpun Singapura, Brunei dan Indonesia walaupun sosi-budaya yang agak berbeza, tetapi kita masih mudah untuk bertutur dan menikmati makanan yang masih kena dengan tekak kita misalnya. Cuba bergerak jauh sedikit seperti Vietnam, Bangkok atau kalau mampu keluar dari rumpun negara Asia, saya pasti dengan pengalaman itu membolehkan kita lebih berminat untuk meneroka dunia lagi. Namun apapun, isunya tetap kembali seperti pendapat yang saya utarakan sebentar tadi.

Semoga suatu hari nanti, kesukaran yang kita hadapi semasa pandemik Covid-19 ini, kesukaran kita untuk beribadat, bersosial dan kesukaran untuk meneroka dunia ini akan cepat berakhir. Lebih-lebih lagi kepada yang baru sahaja berjinak-jinak menjadi pengembara atau sekadar menjadi pelancong di dunia yang luas ini.

Semoga kita sabar untuk kembali melakukan aktiviti-aktiviti seperti contoh di bawah ye.

Antara kenangan-kenangan saya ketika mengembara dari tahun 2010 sehingga 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *