DISNEY CASTLE GERMANY @ NETHERLANDS = MANA YG LAGI BERBALOI?

Kastel De Haar, Utrecht, Netherlands

Pertama kali sebab saya dah lawat dan masuk dua dua castle ni, jadi saya boleh bagi pendapat peribadi saya. Kedua dua castle ini adalah yang paling terkenal di kedua dua negara ni.

1. Neuschwanstein Schloss (Castle) di Bavaria, Germany.

2. Kasteel (Castle) De Haar di Utrecht, Netherlands.

Neuschwanstein saya dah pergi dengan bekas boss saya pada 2009 dan baru-baru ni pada March 2022 tapi saya tak masuk dlm, sebab apa? Sebab tour dia tak berubah dari 2009 sampai la sekarang. Guide tour hanya 20 minit. Namun pada dua hari lepas ( =June 2022) min berpeluang melawat yang Disney Castle versi Netherlands pulak..

Jadi saya tuliskan perbezaan dia kat sini:

Neuschwanstein Castle:

1. Guide kat Kasteel De Har cakap ciri-ciri castle ialah luas, ada taman dan tembok keliling. Tetapi, Neuwanshtein ni comel jer atas bukit. Jadi Neuschwanstein ni patutnya panggil Palace je la kan.

2. Bayaran masuk €17.50 untuk 20 minit tour guide. Nak naik atas bukit samada jln kaki panjat bukit 40 minit atau naik kereta kuda €7 atau shuttle €3.50.

3. Korang tak boleh ambik gambar dah video langsung kat dalam, boleh kat luar je.

4. Guide akan cerita kat setiap pit stop. So kena tanya awal awal kalau tak paham.

Kasteel De Haar

1. Terletak di dalam satu kawasan berpagar dan tembok yg luas dgn taman, tasik dah pokok untuk orang lepak. Itulah definisi Castle pada pendapat guide yg struggle cakap English dgn kami kat Kasteel De Har. Lama jugak la dia sembang.

2. Bayaran masuk €25.50 termasuk Park, Castle dan Rumah persinggahan atau guest house kerabat diraja dan pewaris bukan kerabat yang masih digunakan hingga kini.

3. Korang bebas ambik gambar dan ootd dalam castle dan boleh lepak sampai petang walaupun ada waktu lawatan kat tiket, no hal kalau nak drag masa. Tapi kalau korang ikut tour saya jangan la pakai pakaian diraja, gaun bagai pulak je nak berootd feeling princess gitu. Saya buat tak kenal nanti 🙂

4. Selain korang boleh sewa audio guide headphone dengan harga €2.50 tapi yang jaga kaunter tu kata setiap bilik akan ada orang yang bersedia menjawab segala soalan anda, dan diorang bekerja dengan penuh komitmen, sengih sengih mintak orang tanya dia.

So dalam hal ni saya terpaksa pilih Kasteel De Haar dalam segi value for money dan kepuasan diri. Tapi untuk koleksi diraja yang betul betul mewah ialah Neuschwanstein Castle. Sebabnya Kasteel de Haar ni bukannya dari waris keluarga diraja Belanda sekarang sebab dah kahwin campur dengan orang kaya Perancis walaupun kedua dua Castle ni dibina pada hujung kurun ke 19.

Neuschwanstein Castle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *